Umum sudah tahu bahawa artis kita, penyanyi, pelakon dan sebagainya
adalah menjadi milik masyarakat. Membawa gelaran publis figure,
seseorang artis itu seharusnya meletakkan batu asas untuk tahu bagaimana
untuk tampil di khalayak agar menjadi contoh dan model. Namun, apa yang
saya nampak, sebaliknya berlaku. Artis kita kian berani untuk tampil
dengan pakaian yang menjolok mata. Inikah yang dikatakan Ikon Malaysia?
Inikah budaya yang dibawa oleh orang Malaysia? Berpakaian seksi… itukah
budaya kita? Apabila menjadi milik masyarakat, segala gerak laku dan
tindak tanduk artis itu akan menjadi tumpuan dan bualan orang. Artis
kita kini kian berani. Lihat sahaja pakaian yang dikenakan oleh Dayang
Nurfaizah di Pentas Akhir Ikon Malaysia yang agak berani tampil dengan
skirt pendek. Bagi Dayang Nurfaizah, katalah apa sahaja, dia tetap dia
dan begitulah cara Dayang. Dayang tidak mahu digelar seorang hipokrit
Bolehkah
gaya fesyen ala berkemban ini dapat menarik penonton untuk ke pawagam?
Sejauh mana gaya seksi salah seorang pelakon dalam filem Kayangan ini
dapat melariskan filem arahan Raja Ahmad Alaudin ini?
Mmm… seksi giler!
Pemakaian
artis yang begitu seksi menjadi topik dan isu yang utama
diperbincangkan sehingga menjadi isu hangat dalam Dewan Rakyat. Namun,
sejauh mana perbincangan itu dapat mengubah pendirian artis yang begitu
berkeras juga untuk tampil seksi?
Dulu, gambar Deja Moss yang
berpakaian seksi dengan gaun singkat di pentas show private mengundang
kontroversi. Datuk Siti Nurhaliza juga terkena tempias dengan isu ini
kerana sebilangan peminat tidak selesa dengan penampilan Siti yang
berubah semenjak berkahwin dengan Datuk K. Ada yang kata, Siti berubah
kerana mengikut kata Datuk K. Ada yang kata Siti pakai sedikit seksi
sebab dia sudah bebas daripada jagaan ibu bapanya. Macam-macam lagilah.
Kemudian, isu Jaclyn Victor yang suka berpakaian seperti berkemban. Mmm…
ya ramai yang cakap, Jaclyn tak pelah nak pakai macam tu sebab dia
bukan beragama Islam. Ini Dayang Nurfaizah yang begitu menjolok mata
dengan skirt yang pendek. Katanya, ada makcik-makcik yang duduk di rumah
bersama anak-anak malu dengan imej Dayang yang sebegitu.
Akhbar
sisipan Berita Harian, Bintang Popular dalam ruangan kolumnis komposer
terkenal, Ramli MS pernah membicarakan isu artis berpakaian seksi.
Mengikut bekas pengetua Akademi Fantasia itu, di Malaysia, artis
berpakaian seksi tidaklah keterlaluan sangat. Beliau yang bersifat
neutral dan memandang secara positif tentang isu ini memberi pandangan
dari sudut yang berbeza. Suka saya memetik, antara kata Ramli MS:
Perempuan
mana tidak mahu kelihatan anggun, elegan? Sekiranya perempuan itu
mempunyai bentuk tubuh yang hampir sempurna dengan bahu yang lebar,
ketinggian yang melebihi 176 sentimeter, kaki yang panjang, dia mesti
ingin kelihatan cantik apabila berpakaian. Kalau pelakon itu membawakan
watak sebagai penari atau pelayan dalam drama atau filem, takkan
penampilannya harus bertudung atau mengenakan baju kurung?
Berbalik
kepada cerita Jaclyn. Kalau kita melihat zaman dulu-dulu, siapa yang
tak pernah berkemban. Siti Tanjung Perak pun berkemban di sebabkan
wataknya sebagai seorang ibu yang kuat berleter. Tapi, itu hanyalah di
dalam filem. Kalau orang Inggeris berkemban atau memakai bikini, kenapa
tidak dipersoalkan? Sekiranya penyanyi seperti Waheeda berkemban,
mungkin anda cakap dia buang tabiat! Kita tidak boleh melihat semua
artis secara total. Kalau individu seperti Jaclyn, dia bangsa bukan
Melayu di dalam sebuah negara demokrasi.
Bangsa yang lain pun ada
budaya mereka sendiri. Kita tak boleh memaksa artis seperti Jaclyn,
memakai pakaian yang lebih sopan. Saya tak rasa Jaclyn seorang yang
keterlaluan apabila berpakaian ataupun hipokrit. Bagi saya, apabila
Jaclyn berpakaian berkonsepkan berkemban, dia tampak elegan.
Gambar
Nurul yang dulu pernah meletop dengan gaya persis seorang model di
Minggu Fesyen Kuala Lumpur agak panas juga. Gaun off shoulder digayakan
oleh Nurul ini rekaan Calvin Thoo. Seksi dengan kurus cekeding langsing
tetap anggun. Mungkin sebab itu, Nurul tidak berani untuk memakainya
untuk persembahan pentas nyanyian. Cukup sekadar di pentas peragaan
sahaja.
Apa kata anda dengan isu artis kita yang kian berani berpakaian seksi?
inikah????????????
or...........
atau...........
pilih2 yang mana 1 idaman hati????
siti kantoi puting
mengaminkan doa pakai skirt
rock babe....
baju xcukup kain
jeslina bikini
alim beb
sikit lg
Rabu, 20 Juni 2012
Artis Seksi Malaysia
22.24
Unknown